Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » S» Sel-sel Tubuh Kekal Terhidrat Sepanjang Ramadhan
Pencarian


Sel-sel Tubuh Kekal Terhidrat Sepanjang Ramadhan
 

MEMASTIKAN SEL-SEL  TUBUH ANDA KEKAL TERHIDRAT SEPANJANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Tahukah anda apabila anda minum 2 gelas (250ml / gelas) Teh Rooibos ketika sahur dan 2 gelas lagi selepas berbuka puasa boleh memastikan sel-sel tubuh anda terhidrat sepanjang waktu berpuasa?

Anda mungkin terperanjat apabila mendapati anda mempunyai tenaga dan tidak berasa letih sepanjang hari.


KISAH KAUM BUSHMEN DI GURUN KALAHARI AFRIKA SELATAN

Pada tahun 2002, Dr. Micozzi MD, Ph.D, yang mencipta "The Insiders’ Library of Confidential Cures", mendapati bahawa kaum Bushmen di Gurun Kalahari akan menambah Rooibos ke dalam air minuman mereka untuk memberi TENAGA yang mencukupi untuk terus hidup di Gurun Kalahari iaitu salah satu tempat yang paling panas dan penuh kepayahan, paling buruk serta kering di planet ini.

Kaum Bushmen meminum Teh Rooibos untuk memastikan sel-sel tubuh mereka kekal terhidrat di bawah persekitaran yang panas dan kering. Ini diamalkan sejak 100 tahun yang lalu.


MINUM 8 GELAS AIR SEHARI ATAU LEBIH MUNGKIN TIDAK BOLEH MENGHIDRASI TUBUH ANDA

Sekiranya air minuman anda tidak mengandungi elektrolit, mineral dan nutrien yang diperlukan untuk menghidrat sel-sel, anda sebenarnya minum air “mati”, menurut Dr. Micozzi.

Setiap sel di dalam tubuh anda berfungsi seperti enjin pembakaran kecil dan ini berlaku di Mitokondria di mana hidrokarbon dalam karbohidrat digabungkan dengan oksigen menjadikan  karbon dioksida dan air, memberikan jumlah haba dan tenaga yang besar.

Apabila sel-sel cukup subur dan bertenaga dengan mineral dan nutrien yang diperlukan, sel-sel akan menambah air dan sentiasa terhidrat.

Apabila sel-sel tidak cukup subur dan tidak bertenaga seperti minum air 'mati', sel-sel akan kehilangan air dan mengalami dehidrasi.


MINUM TEH ROOIBOS MEMBEKALKAN SEL-SEL TUBUH ANDA DENGAN MINERAL DAN NUTRIEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYUBURKAN DAN MENJADIKAN SEL-SEL LEBIH BERTENAGA DAN KEKAL TERHIDRAT

Ini adalah apa yang dikatakan oleh Dr. Micozzi tentang keberkesanan Rooibos: “Bagi saya Rooibos mempunyai sifat Biokimia yang membantu sel-sel terus terhidrat dan membuatkan Mitokondria berfungsi dengan optimum. Ini menjelaskan manfaat fizikal Rooibos iaitu: meningkatkan tenaga dan keupayaan untuk menangani sakit-sakit biasa dan pelbagai masalah kesihatan.


KERJA-KERJA PENYELIDIKAN TENTANG ROOIBOS OLEH DR. MICOZZI

Dr. Micozzi bekerjasama dengan jurulatih bola sepak sebuah Universiti di Idaho dan mereka bersama-sama menganalisa prestasi beberapa pemain. Keputusannya amat mengagumkan. Ia jelas menunjukkan tumbuhan ajaib ini mempunyai impak yang ketara terhadap prestasi para pemain.

Pasukan bola sepak itu telah diberi minuman Rooibos dan dalam hanya 2 tahun pasukan bola sepak Negeri Boise telah melonjak dari pasukan yang tidak diketahui kepada beberapa musim /perlawanan tanpa kalah, memenangi Bowl Fiesta dan menjadi salah satu daripada pasukan terbaik bola sepak negara.

Keajaiban Rooibos tidak hanya berakhir di sini. Menurut Dr Micozzi, banyak lagi kemenangan pasukan bola sepak profesional memperbaiki rekod mereka setelah minum Rooibos. Ini termasuklah San Diego Caj New York Jets, New England Patriots, Green Bay Packers dan Kansas City Chiefs.


BAGAIMANA  MENYEDIAKAN 4 GELAS TEH ROOIBOS.

Ambil 1000ml air panas dan rendamkan 2 peket Teh Rooibos Health Builders selama 20 minit. Minum 2 gelas (250ml / gelas) ketika sahur dan 2 gelas lagi selepas berbuka puasa.


UNTUK KESAN OPTIMA, GABUNGKAN ROOIBOS TEA DENGAN MAGNESIUM OIL

Magnesium merupakan salah satu mineral penting dalam Teh Rooibos yang membantu menghidrasi dan memberi tenaga kepada sel-sel tubuh. Dengan menyembur Magnesium Oil 4 kali sehari ke dalam 250ml Teh Rooibos akan mengoptimakan kesan Teh Rooibos, membantu anda kekal hidrasi and bertenaga sepanjang waktu berpuasa.




I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.