Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » A» Ancient Detox Foot Patch
Pencarian


Ancient Detox Foot Patch
 

Ancient Detox Foot Patch
Dengan formula ion negatif....

  • Menyah toksin dan meningkatkan kesihatan
  • Melegakan sakit otot dan rheumatism secara semulajadi
  • Menyihat dan menguatkan buah pinggang
  • Meningkatkan peredaran  darah seluruh tubuh
  • Membantu melegakan keletihan dan kesukaran tidur malam
  • Menghilangkan bau kaki secara semulajadi

Bahan-bahan berkesan yang terkandung dalam produk ini boleh meresap ke dalam kaki dan boleh menyah kelembapan serta toksin dalam tubuh melalui bahagian bawah kaki, boleh melegakan ketegangan, meningkatkan kualiti tidur, kualiti kulit dan kesihatan. Produk ini adalah produk untuk menyah toksin dan produk kecantikan yang sangat popular di Selatan Korea dan Jepun, juga terkenal di Hong Kong, Taiwan, Singapura, Eropah dan negara-negara Amerika yang lain.

Bahan utama dalam produk ialah ekstrak buluh yang telah diperhalusi dari buluh asli dan semulajadi yang terletak di gunung tinggi. Ekstrak buluh berkesan dalam membuang toksin dan kelembapan yang tersimpan lama dan  terkumpul dalam tubuh, membersihkan tubuh, mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan. Ekstrak buluh mempunyai fungsi yang kuat untuk meresap dan menyah toksin, kesan yang berpanjangan sehingga lapan jam dan boleh menyah toksin dan sisa-sisa dalam sistem endokrin, saluran  usus dan sistem peredaran tubuh dengan cepat, menghilangkan tompok-tompok pigmentasi, melegakan sembelit, melegakan keletihan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan kualiti tidur, meredakan tekanan, sakit  leher, bahu, pinggang, anggota belakang dan menjadikan kulit sihat, berseri dan selesa. Keberkesanan ini ditingkatkan lagi dengan tambahan ion negatif.

Ancient Detox Foot Patch menggunakan teori perubatan abad lama untuk membuang toksin dari badan dengan berkesan melalui zon reflektif yang terletak di bahagian tapak kaki dan menghalang toksin daripada masuk kembali ke pelbagai organ tubuh.

Menurut Teori Perubatan Cina, kaki dianggap sebagai jantung kedua dan merupakan lambang kesihatan tubuh manusia. Terdapat 66 titik-titik zon reflek pada kaki manusia. Kaki juga merupakan bahagian yang padat dengan titik-titik dan saluran utama. Ia merupakan bahagian di mana arteri dan urat tertumpu, maka peredaran mikro dan sistem limfatik menjadi sangat aktif. Kaki menyah toksin melalui titik-titik zon reflek, kaki juga boleh menyelaraskan fungsi viscera dengan berkesan kerana ia berhubung terus dengan titik-titik. Kaki juga mencegah dan merawat pelbagai simptom penyakit dengan cara menghalang pengumpulan toksin dalam tubuh serta mengawal endokrin di samping meningkatkan peredaran darah.

Bahan-bahan Utama :

  • Serbuk ekstrak buluh asli
  • Ion negatif
  • Serbuk mineral halus asli
  • Daun Loquat
  • Tourmaline
  • Unsur-unsur elemen
  • Chitin
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Pati Minyak Lavendar
  • Dan sebagainya

Fungsi Utama :

  • Menyah toksin dan memelihara penampilan, membersihkan tubuh dan mencantikkan kulit, meningkatkan metabolisme, meningkatkan fungsi imunisasi dan melegakan masalah kesihatan.
  • Melegakan  sembelit, kembung perut, menghilangkan bau mulut, kaki dan ketiak
  • Meredakan keletihan, meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan tekanan pada kaki dan sendi dengan cepat
  • Menghapuskan kekotoran dalam tubuh, menghalang pertumbuhan melanin, jerawat dan rembesan minyak pada kulit.
  • Meningkatkan peredaran darah, memperbaiki kekusaman, kesuraman, liang roma yang kasar dan lingkaran hitam pada mata, dan menjadikan kulit putih kemerahan, sihat dan cergas.
  • Menentang pengoksidaan dan  menghalang pertumbuhan kedutan kulit

Sesuai untuk :

  • Wanita yang bergaya dan menjaga kecantikan, mereka yang memberi lebih perhatian kepada penjagaan kesihatan dan mengekalkan kesihatan mereka
  • Kumpulan yang berada dalam subhealth, seperti mereka yang menderita penyakit insomnia, amnesia, kemurungan, endocrinopathy dan sebagainya
  • Kumpulan yang mengendalikan komputer, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang tinggi dan mengalami radiasi jangka panjang
  • Pekerja, model, pelayan di hotel dan restauran dan sebagainya. Mereka yang berdiri dan duduk lebih lama, seperti wakil-wakil jualan, guru, polis, yang bekerja dalam sektor perubatan dan kejururawatan.
  • Mereka yang menderita sakit kepala dan bengkak di bahagian leher, bahu, pinggang dan kaki
  • Mereka yang sering merasa keletihan di tapak kaki dan kaki , seperti pemandu, atlet, pengembara dan sebagainya
  • Kumpulan yang mengalami sembelit, badan dan kaki berbau

 Amaran :

  • Sebelum menggunakan produk, sila baca arahan penggunaan dengan teliti.
  • Produk ini digunakan untuk tujuan penjagaan kesihatan dan untuk kegunaan luaran sahaja, bukannya sebagai ubat.
  • Kanak-kanak, wanita mengandung dan mereka yang mengalami alahan pada kulit hendaklah menggunakan produk ini dengan berhemat, dilarang menggunakannya pada luka.
  • Jika anda rasa kurang selesa pada kulit, sila hentikan penggunaan dengan serta-merta, dan teruskan menggunakannya apabila keadaan kembali normal.
  • Sila guna secepat mungkin selepas dibuka, dan jauhkan pek pelekat daripada menjadi lembap dan disalahguna oleh kanak-kanak.
  • Semasa proses penggunaan, pelekat akan berubah warna daripada putih menjadi coklat kehitaman, dan ianya juga menghasilkan rembesan toksin yang berminyak daripada tubuh yang merupakan fenomena normal.
  • Setiap individu akan mengalami perbezaan yang berlainan, warna pelekat juga akan berubah, kesan daripada penyah toksin dan ianya  berbeza bergantung kepada individu yang lain.
  • Selepas anda menggunakan pek Ancient Detox Foot Patch pada kaki, elakkan berjalan.

 Cara guna Ancient Detox Foot Patch:

  1. Tanggalkan helaian pelekat
  2. Letakkan foot patch di tengah-tengah telapak kaki, pastikan tulisan pada peket diletakkan menghala ke bawah permukaan pelekat
  3. Letakkan pelekat dengan kuat pada telapak kaki anda
  4. Umumnya, penyerapan peluh berlaku antara 6 hingga 12 jam sebelum pelekat ditanggalkan (masa penyerapan bagi setiap individu berbeza dengan individu lain). Jika anda memerlukan amsa tambahan daripada masa tidur anda, pakai sebelum tidur.

  • Ancient Detox Foot Patch berfungsi dengan baik apabila diletakkan di tapak kaki, tetapi boleh juga diletakkan pada bahagian badan yang lain.
  • Boleh digunakan pada bila-bila masa, umumnya digunakan pada waktu sebelum tidur. Pemakaian stokin juga membantu mengelak foot patch daripada tercabut dan ianya membantu meningkatkan penyerapan menjadi maksimum dengan memastikan hubungan optimum dengan kulit.
  • Ancient Detox Foot Patch tidak boleh digunakan pada luka, kulit gatal, membran mukus dan di sekitar kawasan mata. Ia hanya untuk kegunaan luaran, dan bukannya untuk dimakan.

 

 

 




I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.