Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » C» Coconut Ginger Drink
Pencarian


Coconut Ginger Drink
 

HEALTH BUILDERS COCONUT GINGER DRINK

Health Builders Coconut Ginger Drink merupakan minuman paling berkhasiat terdiri daripada 65% jus halia pekat dan 35% gula nira kelapa.

Ia mempunyai rasa tulen halia semulajadi pedas dan rasa kemanisan yang sangat menyenangkan yang HANYA didapati daripada gula kelapa.

Gula kelapa mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 35 dan tinggi kepadatan nutrien. 


GULA KELAPA ADALAH GULA YANG SIHAT

Gula kelapa, mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 35, tidak menaikkan tahap glukosa darah serta paras insulin. Oleh itu, ianya ideal bagi mereka yang menghidap kencing manis, obesiti (kegemukan) dan penyakit jantung.

Pemanis lain seperti gula putih (83.8±12.1) atau madu (73.5±13.3) mempunyai indeks glisemik yang tinggi dan sering  menaikkan paras glukosa dalam darah secara cepat sekaligus merangsang rembesan insulin.

Pengambilan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi adalah tidak menyihatkan dan sering menjadi faktor yang menyumbang kepada penyakit diabetes, obesiti (kegemukan) dan penyakit jantung.

(Sila rujuk jadual Indeks Glisemik bagi pelbagai makanan)


Indeks Glisemik Dalam Beberapa Jenis Gula

Nama Gula                   GI

Nama Gula                      GI

Glukosa                     100

Sukrosa                     65±6.3

Laktosa                     46±3.2

Maltosa                     105±5.7

Gula Putih                 83.8±12.1

Madu                         73.5±13.3

             Source: Acts Nutimenta Sinica. June 2003, Vol 25 No.2

GI Rendah   = 50 or less

GI Sederhana   = 51-69

GI Tinggi = 70 or more


GULA KELAPA PADAT DENGAN NUTRIEN

Jika dibandingkan dengan gula perang, gula kelapa mengandungi 20 kali lebih jumlah nitrogen, 26 kali jumlah fosforus, hampir 16 kali lebih jumlah kalium, 4 kali jumlah magnesium, 26 kali jumlah klorida asli dan hampir 2 kali jumlah besi. Ia juga tinggi kandungan vitamin B (B1, B2, B3 dan B6).

 

KEBANYAKAN MINUMAN HALIA YANG DIJUAL DIPASARAN ADALAH TIDAK MENYIHATKAN

Kebanyakan minuman halia atau teh halia menggunakan gula putih halus dan sirap jagung tinggi fruktosa atau menggunakan susu pekat sebagai pemanis yang mana mempunyai indeks glisemik yang sangat tinggi.

Kandungan halia yang terdapat di dalam minuman ini adalah rendah dan manfaat kesihatan yang sangat sedikit.

Secara perbandingannya, Health Builders Coconut Ginger Drink mempunyai jumlah kandungan halia yang sangat tinggi, memberi rasa halia yang tulen dan eksotik dan pada masa yang sama memberi manfaat kesihatan halia.


FAEDAH KESIHATAN HALIA

Halia ditanam dan digunakan bagi tujuan perubatan selama beribu-ribu tahun di seluruh dunia, akar halia mempunyai kuasa perubatan herba yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang unik seperti yang disenaraikan seperti dibawah:-

  1. Meningkatkan penghadaman dan menggalakkan asimilasi nutrien dalam tubuh
  2. Digunakan sebagai remedi untuk mabuk seperti mabuk laut dan pelbagai bentuk loya
  3. Merawat keradangan dan meningkatkan imunisasi
  4. Melegakan kesakitan
  5. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
  6. Bertindak sebagai antioksida melalui sebatian GINGEROLS
  7. Membantu mengurangkan simptom asma
  8. Halia mengandungi jumlah kalium dan magnesium yang tinggi yang baik untuk kesihatan kardiovaskular dan zink untuk kesihatan prostat

 

SIHAT, SEDAP DAN MURAH

Dengan menambahkan satu sudu makan (8gm) kedalam secawan air panas, anda akan dapat  menikmati kedua-dua kebaikan dan manfaat kesihatan gula kelapa dan halia dalam minuman yang sangat lazat.




I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.