Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » A» Article : Magnesium Oil
Pencarian


Article : Magnesium Oil
 

Frank A Cooper, BSc, BHSc (CompMed) Naturopath, Pakar Pemakanan Klinikal

Magnesium merupakan makanan tambahan yang lain daripada yang lain. Ini kerana kebanyakan orang kekurangan mineral penting ini adalah disebabkan oleh pemprosesan makanan yang kita makan dan rawatan air yang kita minum. Namun bidang kesihatan secara umumnya tidak menyedari peranan penting yang dimainkan apabila kekurangan magnesium.

Magnesium melibatkan lebih 300 proses metabolik dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga dan mengekalkan fungsi kesihatan. Ia merupakan kunci utama enzim-enzim yang penting dan memberi kesan kepada kesejahteraan tubuh. Ianya amat penting untuk memberi isyarat kepada otot-neuro yang memberi kesan kepada keupayaan kita untuk berfikir dan bergerak. Ianya juga penting untuk aktiviti otot jantung serta kesihatan arteri kita. Malah, magnesium digunakan dalam hampir setiap aktiviti didalam tubuh badan manusia.

Manfaat kesihatan magnesium telah dikaji selama bertahun-tahun, dan kekurangan magnesium dikaitkan dengan pelbagai keadaan termasuklah penyakit tulang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, arrhythmias dan denyutan jantung yang tidak teratur, kekejangan otot, sentakan dan lain-lain. Mari kita lihat beberapa keadaan yang biasa di alami:

Tekanan Darah Tinggi – Makanan tambahan Magnesium telah membantu kebanyakan orang dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia adalah fakta yang perlu diketahui bahawa kalsium membolehkan saluran darah mengecut dan meningkatkan tekanan darah, manakala magnesium pula membantu untuk melegakan dan merendahkan tekanan darah. Anda mungkin tidak sedar terdapat pelbagai ubatan tekanan darah yang dikenali sebagai Saluran Penghalang Kalsium yang disifatkan untuk memberhentikan aliran kalsium ke dalam salur darah. Magnesium juga memberhentikan aliran kalsium kedalam salur darah dan dianggap sebagai Saluran Penghalang Kalsium “semulajadi”.

Osteoporosis dan Artritis – Kekurangan magnesium boleh membawa kepada keadaan seperti osteoporosis dan artritis. Walaupun penyakit ini dikaitkan dengan kalsium, ianya adalah kerana kekurangan magnesium dalam tubuh. Jika anda melihat kepada Jadual Elemental Atomic, anda akan melihat kalsium dan magnesium dalam ruang yang sama bersebelahan antara satu sama lain. Sifatnya, kalsium dan magnesium adalah dalam satu keperluan. Hari ini kebanyakan diet lebih berat kepada kalsium. Hasilnya, penyakit yang disebabkan oleh kalsium adalah kerana kekurangan magnesium.

Penyakit Otot – Magnesium memainkan peranan penting dalam merehatkan otot dan dianggap sebagai mineral anti-tekanan. Magnesium mempunyai kesan langsung dengan otot jantung dan membantu mengelakkan penyakit arrhythmias dan denyutan jantung yang tidak teratur. Kekurangan magnesium boleh membawa kepada masalah jantung dan menyebabkan serangan jantung dan strok. Kekurangan magnesium juga mengakibatkan kekejangan otot kaki dan tangan. Dari segi faktor tekanan, kekurangan magnesium boleh mennyebabkan migrain dan sentakan otot. Sebuah buku tentang kepentingan magnesium iaitu The Magnesium Factor dihasilkan oleh Mildred S Seelig, MD. Magnesium merupakan mineral luar biasa kerana tubuh badan manusia menyimpan kira-kira sebanyak 20 gram (4sudu kecil).  Ia satu jumlah yang kecil, memandangkan tubuh kita sentiasa menggunakan magnesium, jadi kita perlu menambahnya setiap hari.

Sumber Asli Magnesium

Bagaimana anda perlu dapatkan magnesium? Penyelesaian terbaik adalah dengan memakan makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, sayuran, kekacang, bijian, ikan dan makanan semulajadi yang tidak diproses. Anda perlu berhati-hati dengan gandum dan nasi. Ini kerana kebanyakan magnesium yang terkandung di dalam bran dan germa dikeluarkan semasa pengilangan. Jadi tepung putih dan nasi putih merupakan sumber magnesium yang paling sedikit dan boleh menyumbang kepada kekurangan magnesium kronik.

1

Walaupun ada diantara mereka yang makan dengan seimbang namun mereka masih cenderung kepada kekurangan magnesium, kerana secara tradisinya mereka memperoleh magnesium daripada air minuman dari telaga dan sungai. Ia membekalkan air yang kaya dengan mineral. Keadaan ini sangat jarang berlaku pada hari ini, tambahan pula kebanyakan orang lebih gemar menggunakan penapis air yang mengeluarkan mineral seperti magnesium. Oleh itu kebanyakan orang tidak mendapat magnesium yang secukupnya.

Magnesium adalah salah satu makanan tambahan yang selamat untuk diambil dan jumlah purata bagi seorang ialah 300mg sehari. Tetapi jika anda masih didalam perubatan, perlu sentiasa berbincang dengan doktor profesional terlebih dahulu. Pastikan anda mendapat magnesium dan kalsium yang secukupnya, dan pengambilan harian yang disyorkan adalah nisbah Kalsium : Magnesium secara 2 : 1. Kebiasaannya kebanyakan orang mendapat kalsium yang mencukupi kerana makanan yang dimakan, tetapi jika tidak, kalsium boleh diambil bersama magnesium. Kebanyakan kedai-kedai makanan kesihatan mempunyai seorang pakar nutrisi yang boleh menasihati anda. Salah satu sumber yang serba boleh, tetapi kurang diketahui sumber makanan tambahannya ialah Magnesium Oil.

Magnesium Oil

Kebanyakan orang sedar bahawa natrium klorida adalah juzuk utama air laut. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa elemen yang paling lazim adalah magnesium yang boleh didapati dalam magnesium klorida. Ia adalah salah satu bentuk yang mudah diserap dalam tubuh badan manusia. Salah satu faedah terapeutik mandi laut ialah mineral semulajadi yang terdapat dalam air laut seperti magnesium. Mineral-mineral ini diserap melalui kulit kita dari air laut yang membantu memulihkan tahap mineral dan menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Bagaimana Magnesium Oil Dihasilkan?

Sumber yang paling biasa ialah dari tasik garam yang kering. Kristal garam dari tasik kering melalui satu proses dan natrium klorida dikeluarkan, dan selebihnya adalah sisa magnesium klorida dengan beberapa unsur elemen yang lain tetapi lebih rendah. Sisa-sisa produk dikeringkan dan dijual sebagai Magnesium Flakes, atau dijual dalam bentuk cecair iaitu Magnesium Oil. Produk magnesium ini digunakan di Jepun sebagai coagulant untuk membuat tofu dari kacang soya dan dijual atas nama Nigari. Beberapa tahun kebelakangan ini kita mula sedar bahawa kulit kita sangat peka pada penyerapan. Patch Nikotin merupakan contoh dimana penggunaan ubat boleh diserap melalui kulit dengan selamat dan juga memudahkan ubat dilepaskan dalam tempoh yang lama.

Terdapat pandangan umum mengenai penggunaan magnesium oil pada kulit (aplikasi secara transdermal) ialah jauh lebih tinggi dari mengambil magnesium secara oral. Menggunakan Magnesium Oil secara terus pada kulit akan meningkatkan tahap magnesium dalam tubuh terutama dikawasan – kawasan yang diperlukan. Jika seseorang mengalami kekejangan kaki, lebih mudah  menggosok magnesium pada kaki. Magnesium oil yang digosokkan pada kulit lebih tinggi tahap serapannya dalam tubuh – memintas sistem pencernaan – dan mengelak sebarang simptom-simptom  usus dan buah pinggang yang mungkin berkaitan dengan tablet magnesium yang diambil secara oral.

Jadi, salah satu manfaat terbesar mengaplikasikan penggunaan magnesium oil pada kulit ialah usus tidak terjejas, sekaligus membenarkan sejumlah besar magnesium diserap dengan selamat dan tanpa kesan laksatif (pelawas). Magnesium Oil akan sedikit berminyak jika disapu pada kulit walaupun secara faktanya, tiada minyak yang digunakan semasa penyediaan magnesium oil. Rasa berminyak disebabkan oleh klorida magnesium itu sendiri apabila dilarutkan dalam air pada kepekatan yang tinggi.

2

Manfaat menggosok magnesium oil pada kulit pula ialah ianya boleh digunakan apabila diperlukan. Sebagai contoh, penghidap artritis/sakit sendi akan berasa lega dengan menggosok beberapa titik magnesium oil pada bahagian kulit, sebelum tidur. Magnesium akan diserap selepas 1-2jam kemudian dan memberi kelegaan yang hebat. Begitu juga jika seseorang mengalami kekejangan otot, gosokkan magnesium terus dibahagian yang mengalami kekejangan, ianya boleh mengurangkan simptom kekejangan. Magnesium klorida meresap dan berfungsi pada kulit dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan. Apabila magnesium di aplikasi pada kulit, pastikan anda memperuntukkan beberapa minit dengan menggosoknya dengan sebaiknya, bagi membolehkan jumlah magnesium diserap pada kadar maksimum.

Sebanyak Manakah Magnesium Boleh di Aplikasi secara Transdermal?

1 sudu teh (5ml) magnesium bersamaan dengan  400mg unsur magnesium. Menggosok sebanyak 1-2 sudu teh pada kulit adalah mencukupi bagi kebanyakan orang. Walaubagaimanapun, jika anda berhasrat untuk menggosok magnesium dengan jumlah yang lebih tinggi, ianya dibolehkan kerana tubuh menyerap hanya apa yang diperlukan sahaja. Magnesium boleh digunakan dimana sahaja bahagian tubuh, walaupun ianya boleh mengakibatkan sedikit rasa pedih pada sesetengah orang yang mempunyai kulit sensitif.

Bagi mana-mana produk yang baharu digunakan pada kulit, dinasihatkan untuk mengambilnya dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana sesetengah orang mempunyai kulit yang sangat sensitif. Jika magnesium oil mengakibatkan sedikit rasa terbakar atau rasa pedih, larutkan magnesium dengan 50-50 air atau lebih. Sesetengah orang meletakkan magnesium didalam botol aerosol dimana mereka boleh menggunakannya sebagai semburan.  Tidak kira bagaimana anda menggunakannya, cadangan saya ialah gunakannya bermula daripada kaki iaitu bahagian kurang sensitif kemudian kepada bahagian paling sensitif. Ada juga sesetengah orang meletakkan magnesium dibawah lengan sebagai deodoran yang berkesan.

Bagi aplikasi mandian, anda boleh meletakkan 50ml (10sudu teh) pada mandian dan rendam seluruh badan anda selama 30minit sehari. Ianya amat menenangkan. Sesetengah orang menggunakan magnesium secara transderma, dan dalam masa yang sama mengambil magnesium secara oral. Makanan tambahan magnesium secara oral boleh didapati dalam bentuk tablet atau kapsul, atau magnesium oil boleh dilarutkan didalam air. Pendekatan ini kebiasaannya digunakan dari awal apabila menyedari kekurangan magnesium dalam tubuh. Memandangkan magnesium oil mudah diserap, ia mungkin idea yang baik diperingkat awal untuk mengambil beberapa bentuk magnesium bagi membenarkan pengambilan maksimum oleh tubuh.

Selepas paras magnesium stabil, anda mempunyai pilihan untuk mengaplikasi magnesium secara transderma atau secara oral. Perlu diingat, pengambilan magnesium secara oral tidak diserap sebaik mana aplikasi transdermal. Cadangan saya, ambil magnesium secara transderma sekerap mungkin dan lihat bagaimana ianya berfungsi. Simpan sedikit magnesium untuk digunakan semasa kekejangan atau berlaku artritis.

Salah satu sebab mengapa pengambilan magnesium secara oral kurang berkesan adalah kerana tubuh dapat membuang sebahagiannya melalui usus. Sebaliknya, magnesium yang digunakan secara transdermal diserap secara terus melalui kulit ke otot-otot dan tisu-tisu lain, memintas usus. Satu lagi kelebihan penggunaan magnesium secara transdermal ialah tubuh badan dilihat tahu seberapa banyak boleh diserap, dan ianya mampu menyesuaikan kadar penyerapan bergantung kepada keperluan serta-merta.

3

Berapa banyak magnesium oil yang boleh diambil secara oral?

Apabila anda mengambil magnesium oil secara oral, ambil sebanyak 2/3 sudu teh (20 semburan). Ianya lebih kurang bersamaan 250mg magnesium. Pastikan anda larutkan Magnesium Oil ke dalam bekas yang berisi air. Jangan minum seperti anda meminum ubat.  Anda perlu memastikan Magnesium Oil sentiasa larut ke dalam air supaya sistem pencernaan anda dapat menyerapnya dari semasa ke semasa.  Anda perlu melarutkan 2/3 sudu teh (20 semburan) Magnesium Oil kedalam 1.5liter air, dan meminumnya sepanjang hari. Selain itu, anda boleh meletakkan 3-4 semburan magnesium ke dalam minuman harian anda seperti air suam, teh, kopi dan sebagainya untuk mencapai jumlah pengambilan 2/3 sudu teh (20 semburan) adalah bersamaan 250mg magnesium sehari. Bagi sesiapa yang yang perlu mengambil lebih 250mg magnesium sehari juga dinasihatkan untuk mengambil lebih magnesium dengan mengaplikasikannya pada kulit untuk penyerapan secara transdermal.

Magnesium Oil vs Tablet Magnesium

Magnesium oil adalah cara terbaik untuk mendapatkan magnesium, ini kerana ia adalah bentuk yang paling banyak terdapat secara semulajadi, dan mudah diserap oleh tubuh melalui kulit. Masalah yang terdapat pada tablet dan kapsul magnesium ialah ianya mengandungi kesan laksatif (pelawas) apabila diambil sebagai dos terapeutik. Dos yang sebetulnya diperlukan bagi mengatasi kekurangan magnesium iaitu sebanyak 200 – 400mg unsur magnesium setiap hari, dan terdapat beberapa kes memerlukan sehingga 800mg dan  ini boleh menyebabkan najis menjadi cair.

Tablet dan kapsul magnesium tidak dapat menyerap sepenuhnya. Terdapat banyak bentuk tablet magnesium dan ianya berbeza dari segi tahap penyerapan masing-masing. Magnesium oksida adalah bentuk yang paling murah dari magnesium tambahan yang lain dengan kurang daripada 10% serapan dan kegunaan, manakali sitrat dan asid amino pekat mempunyai kurang daripada 40% serapan dan kegunaan. Dengan apa yang telah diperkatakan, sememangnya tablet dan kapsul magnesium adalah bentuk yang paling mudah untuk diambil berbanding magnesium oil, dan pilihan yang terbaik jika magnesium oil tidak wujud atau tidak mudah didapati.


Nota:
Deep Ocean Magnesium Oil diproses daripada Zechstein Seabed yang terletak di Utara Netherland di paras 1600 - 2000 meter dalam bumi.





I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.