Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » B» Berkey Natural Purifiers System
Pencarian


Berkey Natural Purifiers System
 

Sistem Penulenan Air Semulajadi Berkey (BERKEY NATURAL PURIFIERS SYSTEM)

Sistem Penulenan Air Semulajadi Berkey merupakan sistem penulenan air yang sangat berkesan dan ekonomikal di dunia. Sistem Berkey mampu menapis air yang telah dirawat dan juga air mentah yang tidak dirawat daripada tasik, sungai, air bertakung dan bekalan air dari negara luar yang peraturan keselamatannya mungkin tidak pada standard terbaik.

Penapis Berkey mampu menyingkirkan virus, bakteria patogenik dan parasit secara keseluruhan dengan mengeluarkan bahan kimia merbahaya seperti racun herba, racun perosak, Bilotile Organic Compounds (VOC), pelarut organik dan trihalomethanes. Ia juga mampu menyingkirkan karat, keladak, mendapan, rasa / bau busuk dan mineral yang tidak sihat seperti plumbum dan merkuri.

Selain daripada itu penapis Berkey juga boleh menyingkirkan pewarna merah daripada air tanpa menyingkirkan mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh.

BERKEY® Adalah Yang Terbaik Dalam Pembersihan Air

• SIHAT – Sistem Berkey® jauh lebih baik berbanding sistem penapisan air yang lain kerana ia menyingkirkan virus, bakteria patogenik berbahaya, sisa dan parasit serta bahan kimia tercemar dan kekotoran yang tidak sihat manakala meninggalkan mineral penting yang diperlukan tubuh. Sistem Berkey® menghasilkan air yang sihat, bersih, dan lazat yang boleh di dapati.

• MUDAH – Sistem Berkey® boleh dipasang hanya dalam beberapa minit tanpa sebarang peralatan, tenaga elektrik, tekanan air atau paip. Tambahan lagi, ia mudah dikendalikan dan dikekalkan.

• MENJIMATKAN – Sistem Berkey® merupakan sistem penulenan air yang paling menjimatkan dan mudah dimiliki. Keunikannya membolehkan anda membuang dan membersihkan unsur penapisan dengan mudah berulang kali.

• BERKUASA – Sistem Berkey® dengan mudahnya membersihkan air paip biasa, namun masih sangat kuat, ia membersihkan air mentah atau air yang tidak dirawat dari sumber air seperti tasik dan sungai. Tambahan lagi, sistem Berkey® adalah sistem pembersihan air yang ideal dimiliki sekiranya berlakunya bencana alam seperti terputus bekalan tenaga elektrik, ribut taufan, banjir, gempa bumi dan juga semasa kecemasan, apabila air yang dirawat tidak boleh didapati.

• FLEKSIBEL – Sistem Berkey® sangat mudah dan senang untuk digunakan, anda boleh membawanya ke mana sahaja : semasa bercuti, berburu & kem perkhemahan, di asrama kolej dan sebagainya.

• ELEGAN – Rekaan yang elegan dan bermutu tinggi dengan gilapan 304 besi tahan karat memberikan sistem Berkey® daya penarik tambahan kepada dapur atau rumah, namun setiap sistem masih lagi tahan lasak dan tahan lama.

• SEJARAH TERBUKTI – Keberkesanan dan kualiti proses penapisan graviti yang tinggi yang digunakan dalam sistem Berkey® telah terserlah dengan peredaran masa. Penapisan graviti telah digunakan oleh organisasi bantuan seperti UNICEF, the Peace Corps, Red Cross Societies Internationally dan pekerja bantuan di lebih 140 buah negara di seluruh dunia.

Berikut adalah jenis produk Berkey yang dipasarkan :-

1) GO BERKEY®  Kit

Go Berkey® Kit direka untuk disandang, untuk pendakian, perkhemahan, pelajar kolej, pengembaraan dunia, untuk diletakkan di atas meja tempat anda bekerja dan beratus-ratus aktiviti lain.

Go Berkey® Kit dibuat daripada gilapan 304 keluli tahan karat. Sistem ini didatangkan lengkap dengan satu Elemen Penulenan Black Berkey®, satu Botol Penapis Air mudah Alih Generic Sport Berkey®, sarung pembawa vinil dan menggunakan teknologi canggih yang terkini. Sistem ini mempunyai kapasiti simpanan air lebih kurang 1 kuart (0.95liter). Ia berdiri setinggi 14” dengan diameter 4”.  Go Berkey® Kit sangat ringan dengan berat hanya 2.4 paun.

Dikonfigurasikan dengan satu Elemen Penulenan Black Berkey® , sistem akan membersihkan air sehingga 1 gelen (3.8 liter) sejam.

2) TRAVEL BERKEY®

Sistem padat Travel Berkey®  adalah sistem yang sempurna untuk digunakan semasa pengembaraan dan sebarang aktiviti luar atau semasa berlakunya kecemasan yang tidak di jangka.

Sistem Travel Berkey®  dibuat daripada gilapan 304 keluli tahan karat. Sistem ini didatangkan lengkap dengan dua unsur penulenan dan menggunakan kemajuan teknologi terkini. Sistem ini juga mempunyai kapasiti simpanan sebanyak 1.5 gelen (5.7 liter)  dan apabila ia sedang digunakan, ia  berdiri setinggi 18” dan berdiameter 7.5”.

Dikonfigurasikan dengan dua Unsur Penulenan Black Berkey® , sistem akan membersihkan sehingga 2.75 gelen (9.5 liter) sejam.

3) ) BIG BERKEY®

Sistem serbaguna Big Berkey® merupakan sistem yang ideal untuk digunakan di rumah keluarga yang kecil atau sederhana, untuk pengembaraan, aktiviti luar atau semasa berlakunya kecemasan yang tidak di duga.

Sistem Big Berkey® dibuat daripada gilapan 304 keluli tahan karat. Sistem ini dilengkapi dengan dua unsur penulenan dan menggunakan teknologi canggih terkini. Sistem ini mempunyai kapasiti simpanan kira-kira 2.25 gelen (8.5 liter) dan apabila sedang digunakan, ia berdiri setinggi 19.25” dengan diameter 8.5”.

Dikonfigurasikan dengan dua Unsur Penulenan Black Berkey® , sistem akan membersihkan sehingga 3.5 gelen (13.3 liter) sejam. Sistem ini boleh ditingkatkankan penggunaannya sehingga empat unsur penulenan dan mampu membersihkan sehingga 7 gelen (26.5 liter) sejam.

Big Berkey juga didatangkan dengan empat Unsur Penulenan Black Berkey.





I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.