Laman Utama
Bahasa Malaysia 中文 English
A  I  B  I  C  I  D  I  E  I  F  I  G  I  H  I  I  I  J  I  K  I  L  I  M  I  N  I  O  I  P  I  Q  I  R  I  S  I  T  I
U  I  V  I  W  I  X  I  Y  I  Z  I
  Laman Utama » O» OPC - Goji Yumberry
Pencarian


OPC - Goji Yumberry
 

OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) adalah satu set bioflavanoid kompleks yang bertindak sebagai pemusnah radikal bebas di dalam tubuh badan. Set bioflavanoid ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti PCO (Oligomeric Procyanidolic Complexes), leucoanthocyanin, anthocyanidin dan lain-lain lagi. Oligomeric Proanthocyanidins (OPC) ditemui dalam pelbagai jenis tumbuhan dalam keseluruhan alam tumbuhan dengan pelbagai darjah kepekatan (konsentrasi).

Kebanyakan proanthocyanidins ditemui dalam kulit pokok pine, biji anggur dan kulit anggur. Walaubagaimanapun, bilberry, cranberry, teh hijau, teh hitam, dan lain-lain tumbuhan juga mengandungi flavonoid tersebut.

Molekul kompleks OPC yang ditekankan-bukannya kerana ia berasal dari biji anggur atau kulit pokok pine.

OPC adalah unik dan jauh berbeza bukan sahaja daripada ekstrak biji anggur, tetapi juga daripada lain-lain jenis supplemen nutrisi yang boleh didapati pada masa kini. Nutrien hebat ini menyokong hampir kesemua sistem metabolisme di dalam tubuh badan.

OPC merupakan kompleks suatu molekul spesifik, secara teknikalnya dikenali sebagai molekul flavan-3-ol. Ia merupakan sesuatu yang amat unik apabila tumbuhan tertentu boleh mengikat flavan-3-ol untuk membentuk keseluruhan konfigurasi molekul oligomerik yang dikenali sebagai OPC. Dua molekul flavan-3-ol membentuk ”dimer”, dan tiga molekul terikat bersama membentuk ”trimer”.

Apa yang menarik, molekul flavan-3-ol (juga dikenali sebagai catechin) tidak mengandungi aktiviti biologikal yang tinggi daripada OPC di dalam badan. Walaubagaimanapun, setelah terikat bersama sebagai dimer dan trimer (OPC), ia menjadi sangat aktif secara biologikal dan amat efektif di dalam tubuh badan.

Dalam istilah am, OPC merupakan kompaun semulajadi yang wujud di dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, khususnya di dalam kulit dan biji tumbuhan. Ia kebiasaannya tidak ditemui dalam diet seharian di dalam kuantiti yang menghampiri nilai terapeautik. Amaun yang terkandung di dalam makanan mentah juga lazimnya musnah apabila dimasak. Walaubagaimanapun, supplemen dengan ekstrak OPC daripada kulit pokok pine dan biji anggur telah menunjukkan kemampuan untuk melindungi kita dari penyakit kardiovaskular dan lain-lain penyakit degenaratif dan pelbagai lagi faedah lain termasuk merendahkan LDL (kolesterol yang tidak baik), mengurangkan pengagregatan platlet, meningkatkan kekuatan dan keanjalan saluran darah, membantu membaik pulih kolagen, mengurangkan edema dan keradangan, melegakan masalah yang berkaitan dengan vena varikos, mengurangkan kecenderungan terhadap retinopati diabetik dan meningkatkan kesihatan kulit.




I        Laman Utama       I
 
Copyright © 2010 Web Designed by Maximus System Solutions.